Fantasy Premier League – Gameweek 7

Gameweek 7

Minggu 7 Merupakan minggu yang agak sukar utk membuat pemilihan skuad antara pemain Chelsea dan Liverpool selepas Liverpool ditewaskan Oleh Chelsea baru2 ini di EFL cup. Ramai pemain fpl semestinya mempunyai Alonso dan Robertson dalam skuad fpl mereka. Namun, kita hanya boleh mengharapkan satu assist atau Lebih daripada kedua2 pemain tersebut dimana bolos boleh berpihak kepada mana2 pasukan antara Chelsea dan juga Liverpool pada minggu ini.

Untuk defenders :
Trippier telah menghasilkan 8-9 peluang dalam 5 perlawanan sebelumnya. Dia juga telah mengambil 20 corners atau sepakan Penjuru untuk spurs

Robertson telah memberi 2 assists dan juga 11 peluang telah dihasilkan untuk liverpool pada Musim ini. Walaubagaimanapun, clean sheet akan menjadi satu pertanyaan yang agak besar pada minggu ini

Untuk midfielder:

Bernardo Silva telah menghasilkan 10 peluang pada 4 minggu sebelumnya sahaja dan menjaringkan satu gol dan satu assist pada minggu lepas

Maddison dari Leicester telah mengambil 5 percubaan gol on target dan menghasilkan 11 peluang sepanjang Musim ini. Nilainya yang berharga 6.8 juta menjadikannya salah seorang pemain yang mampu dimiliki.

Aaron Ramsey dari arsenal boleh menjadi satu peluang yang bagus untuk memulakannya dalam pasukan Kerana telah membantu rakan sepasukannya untuk menjaringkan dua gol pada minggu lalu.

Eden hazard telah mengambil 6 usaha untuk menjaringkan gol sepanjang 4 minggu yang lalu. Dia telah menjaringkan satu gol yang hebat dan memperoleh kemenangan untuk Chelsea bertembung dengan liverpool pada EFL cup yg lepas.

Mo salah tidak menunjukkan prestasi yang diingini Oleh semua pemain fpl lagi , Tapi pemain Egypt tersebut boleh melakukan pelbagai ajaib pada masa yang tidak dapat dijangkakan. Mulai minggu depan , SALAH mempunyai peluang yang cerah untuk mengembalikan zaman kegemilangannya.


Untuk forwards:
Tidak ada pemain yang menghasilkan sebanyak 31 sepakan daripada Sergio Aguero pada Musim ini . Disebabkan Man City berjumpa dengan Brighton dan di ‘Home’ mereka, ini merupakan satu peluang besar untuk pemain Argentina itu menjaringkan gol sebanyak yang mungkin .

Harry Kane telah mencuba sebanyak 5 kali dalam kotak penalti bertembung dengan Brighton pada minggu lepas . Spurs semestinya akan berharap pada penyerang utamanya untuk menghasilkan gol yang Lebih banyak pada minggu ini .

Pemilihan Captain

1. Aguero
2. Kane
3. Hazard

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 + 15 =