FPL GW 23 – Harry Kane Out!

Harry Kane yang mengalami kecederaan pada perlawanan menentang Manchester United dijangka akan kembali pada bulan March. Antara pemain yang jadi tumpuan untuk menggantikan Harry Kane ialah Rashford (4 gol dari 5 perlawanan), dengan harga yang jauh lebih murah dan beraksi dengan cemerlang di bawah kendalian pengurus baru.


Selain itu forward lain seperti Firmino (4 gol dari 3 perlawanan) atau Aubameyang juga boleh dipertimbangkan.

Dengan harga harry Kane yang agak tinggi, manager juga boleh memilih untuk menggantikan forward yang lebih murah dan menggunakan dana tersebut untuk membawa masuk Midfielder yang lebih premium seperti Pogba, Salah ataupun midfielder Spurs seperti Eriksen atau Alli.

Saya tidak mempunyai Harry Kane tetapi saya memiliki Son, saya membawa masuk Alli untuk menggantikan beliau, dengan ownership yang tidak smpai 5%. Saya menjangkakan Alli akan menyerlah dengan ketiadaan Son dan Kane.

Untuk GW 22, saya berjaya mendapat points above average, secara tidak langsung ranking saya juga turut meningkat. Terima kasih kepada Rashford dan Salah menjaringkan gol, Pogba, Hazard dan Digne melakukan assist dan 13 bonus points secara keseluruhan dari GW 22.

Captain GW23.

Mo Salah – 4 gol dari 5 perlawanan. Liverpool akan bertemu dengan Crystal Palace.

Pogba – 54 points dari 5 perlawanan, ini bermakna secara average beliau mendapat lebih dari 10 points pada setiap perlawanan.

Rashford – Sama seperti Salah, 4 gol dari 5 perlawanan, Rashford juga boleh dijadikan pilihan captain untuk GW ini.

Aguero – Kepada yang menggantikan Harry Kane dengan Aguero, City akan bertemu dengan Huddersfield. Sama ada Aguero akan bermula atau tidak, itu menjadi persoalan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 − 2 =

Dapatkan artikel terbaru di email anda

Scroll to Top