Gol penyamaan yang lewat oleh Daniel Sturridge membatalkan jaringan Chelsea atas Liverpool seri 1-1 di Stamford Bridge

Persembahan yang hebat daripada kedua-dua belah pihak atas Liverpool seri menentang Chelsea dengan skor 1-1 dengan gol Eden Hazard dan gol lewat oleh Daniel Sturridge pada malam semalam.

Jurgen Klopp telah memainkan taktik dengan mod serangan penuh dalam perlawanan yang penuh debaran, formasi 4-3-3 dengan Georginio Wijnaldum mencatat perlawanan liga perdana yang ke-100 semalam.

“Perlawanan yang cukup hebat sekali,” Hujah Klopp kepada BBC Sport.

“Daniel [Sturridge] sememangnya diberhak, ia memang detik yang indah dan saya berasa sangat gembira untuk dia.

“Saya rasa kami membuat satu kesilapan dalam permainan yang melibatkan gol mereka. Ia adalah sukar. Kami mempunyai banyak peluang, kami bermain bola dengan cantik. Saya suka untuk menang, tetapi mendapat satu mata di Chelsea adalah bagus juga. Awak boleh lihat betapa bagusnya Chelsea tetapi ia memang bagus untuk melihatnya sekali lagi.

“Saya tahu kami berhak mendapat mata itu paling kurangnya, jadi saaya gembira dengan keputusan itu.”

Klopp menambah katanya terhadap Sturridge. “Daniel memang selalu berada di dalam fikiran saya, tetapi dia tak pernah boleh untuk membuktikannya [sebelum dipinjamkan ke West Brom]

”Kami ingatkan West Brom adalah idea yang bagus untuk dia mendapat masa bermain, dan apabila dia kembali semula, dia adalah pilihan untuk kami.

“Usahanya telah Berjaya, ia adalah amat bagus dan semestinya diberhak.”

Perlawanan bermula dengan bagus untuk The Blues dalam 10 minit pertama, tetapi The Reds mengawal permainan dalam separuh masa pertama sehingga Eden Hazard menjaring dengan kaki kirinya diterima oleh sepakan Mateo Kovacic dalam minit ke-25. Liverpool kemudian hamper menjaring gol selepas tendangan Mohamed Salah dihalang oleh sepakan Antonio Rudiger yang hebat sekali dalam minit ke-32.

Pada separuh masa yang kedua pula, is sememangnya perlawanan yang hebat sekali dari kedua belah pihak dengan Liverpool membuat serangan yang banyak tetapi dihalang oleh pertahanan Chelsea yang kuat dan ‘counter-attack’ yang bagus sekali. Chelsea pula kali ini hamper menjaringkan gol yang kedua tetapi peluang Eden Hazard diselamatkan oleh Alisson Becker selepas sepakan percuma yang pantas oleh Ngolo Kante yang membuatkan Liverpool tertidur sebentar pada minit 64. Liverpool sekali lagi hamper menjaringkan gol dengan Xherdan Shaqiri terlepas peluang yang cerah selepas sepakan Andy Robertson yang cantik pada minit 70. Selepas Jurgen Klopp mengubah taktiknya kepada 4-2-4, Liverpool akhirnya menjaring gol penyamaan setelah sepakan Daniel Sturridge yang cukup cantik sekali ke jaring gol Chelsea untuk menyamakan skor 1-1 pada minit 89.


 

Perlawanan itu berakhir dengan kedua pasukan berkongsi mata dengan Liverpool berada di tangga yang kedua selepas Manchester City mempunyai mata yang sama dengan The Reds tetapi dibezakan dengan jaringan gol dalam minggu ketujuh ini.

Liverpool akan melawat Stadio San Paolo di Naples menentang Napoli dalam perlawanan Liga Juara-Juara pada malam Rabu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 + 3 =