Jaringan lewat oleh Lorenzo Insigne membuat kemenangan untuk Napoli atas Liverpool kalah 1-0

Liverpool telah mendapat kemenangan lewat menentang PSG pada dua minggu lepas tetapi ia telah bertukar atas Lorenzo Insigne menjaring goal kemenangan untuk SSC Napoli setelah Liverpool memberi antara persembahan yang paling teruk pada musim ini.

Jurgen Klopp beritahu BT Sport: “Kami mempunyai peluang, tetapi formasi kami tidak betul atau kami bergerak ke tempat yang salah. Tugas ketiga pemain tengah kami adalah mustahil. Anda kena bersabar dalam situasi seperti itu, tetapi kami terlalu sibuk ingin memegang bola.


 

“Kami ada peluang yang bagus, tetapi ianya tidak cukup bagus. Keputusan 0-0 di tempat pasukan lawan adalah OK, tetapi kami membuat kesilapan sebelum jaringan mereka. Itulah kali kedua dalam musim ini yang kami dibolos jaringan seperti itu.

“Kadangkala Bobby [Firmino] menggelecek bola terlalu lama, atau Sadio [Mane] lari terlalu lama. Apabila itu berlaku, anda tidak boleh menghasilkan apa-apa. Pemain-pemain tengah atau pertahanan telah cuba untuk ke hadapan, tetapi kami hilang pegangan bola dan perlu kembali ke arah lain.

“Ia memang sengit, tetapi kami menyebabkan kelajuan permain sendiri.

“Ia adalah menarik apabila melihat kumpulan ini sebelum kami bermula dan ia masih menarik hingga sekarang. Kami mahu bermain dengan lebih baik daripada mala mini, tetapi walaupun kami tidak bermain dengan bagus, kami mahukan keputusan. Pada mala mini, kami tidak sebagus seperti kami mampu.”

Beliau telah memainkan dengan serangan tiga seperti biasa manakala Naby Keita telah bermain untuk Liverpool dalam perlawanan Liga Juara-juara pada kali pertamanya tetapi telah ditukarkan untuk Jordan Henderson selepas beliau mendapat kecederaan pada minit 19.

Permainan bermula dengan bagus untuk Napoli dengan Liverpool berjuang untuk melepasi pertahanan Napoli. Liverpool membuat banyak hantaran yang teruk dan hilang terlampau banyak pegangan bola terutamanya daripada Naby Keita selepas beliau sendiri memberi peluang cerah untuk Napoli dengan hantarannya dipintas dengan senang dan hampir memberi jaringan kepada Lorenzo Insigne setelah sepakannya tersasar sedikit ke kiri jaring gol Alisson.

Dalam separuh masa kedua pula, The Reds tidak berubah dengan bagus pun setelah mereka membuat 0 cubaan dalam hampir 15 minit selepas separuh masa kedua bermula. Napoli pula hampir menjaringkan gol selepas cubaan Arkadiusz Milik diselamatkan oleh Alisson dan sepakan Dries Mertens terkena palang sejurus selepas menggantikan Milik. Daniel Sturridge telah membuat ‘cameo’ pada minit 89 tetapi tidak lama selepas itu, Lorenzo Insigne menjaringkan gol kemenangan lewat selepas Dries Mertens membuat hantaran yang cantik kepada Jose Callejon dan kemudiannya menghantar bola kepada Insigne hanya untuk dia menyepak bola ke dalam jaring dengan senang.

Liverpool akan menjadi tuan rumah menentang Manchester City pada petang Ahad (11:30PM GMT +8) dengan kecederaan Naby Keita masih belum diketahui selepas beliau dihantar ke Hospital Naples. Kami berharap sangat atas permulihan yang pantas untuk Naby Keita dan Jurgen Klopp mampu kembali dan mengambil 3 mata di Anfield pada 7 Oktober ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twelve + nine =