Mampukah Daniel Sturridge hidupkan kerjayanya kembali?

Ia adalah permulaan yang mengesankan untuk Daniel Sturridge pada musim ini. Beliau telah menjaringkan 2 gol dalam 5 penampilan Liga Perdana (semuanya sebagai pemain simpanan) dan 1 gol dalam UEFA Liga Juara-juara.


Pemain Inggeris baru-baru ini menjadi penyelamat The Reds dengan jaringan gol yang menakjubkan ke kanan hujung tanjung untuk memastikan Liverpool dan Chelsea bahagi 1 mata di dalam liga.

Beliau memberitahu BT Sport: “Ia adalah gol yang hebat. Semua bekerja keras dalam semua perlawanan, kami membuat peluang di dalam separuh masa pertama dan kami kurang bertuah untuk menjaring gol.


 

“Saya lebih suka berfikir bahawa saya pernah [menjaring gol yang lebih baik] tetapi kemungkinan tidak. Ini adalah gol yang menakjubkan tetapi seperti saya kata yang paling penting ialah mendapat keputusan. Ia adalah bagus untuk mendapat keputusan yang bagus.

“Ini adalah perlawanan berpasukan. Saya hanya beri yang terbaik dalam minit yang saya dapat. Ia adalah penting untuk bawanya ke hadapan, dan memberi pandangan positif.”

Liverpool akan menentang Napoli dalam perlawanan Liga Juara-juara malam ini. Mampukah beliau memasuki skuad kesebelasan mala mini? Mampukah dia mengekalkan prestasinya? Kami akan tahu kemudian pada pukul 3AM GMT+8 malam ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 + sixteen =