Liverpool seri 0-0 menentang Manchester City setelah sepakan penalti Riyad Mahrez tersasar

Liverpool telah mengakhiri minggu mereka dengan keputusan seri sekali lagi menentang Manchester City dengan skor 0-0 di Anfield semalam.

Perlawanan itu, tidaklah sehebat yang disangka oleh serangan kedua-dua pasukan sememangnya kurang bagus. Jurgen Klopp telah memainkan serangan tiga sekali lagi tetapi kesemuanya tidak menyerlah dalam perlawanan semalam.

Walau berkata begitu, Jurgen Klopp telah berkata kepada Sky Sports bahawa beliau bangga dengan usaha pasukannya dalam perlawanan seri menentang Manchester City.

“Ia adalah perlawanan yang sengit, keduanya sangat tersusun mengikut plan mereka.

“Saya rasa permulaan kami adalah cemerlang. Kami memang berkuasa sejak awal lagi, kami telah memberi masalah yang banyak kepada mereka.

“Penyudahan dalam jangka masa yang sengit untuk kami adalah yang paling penting. Saya memang baik dengan itu. Anda sentiasa ingin lebih tetapi apabila anda melihat perlawanan, saya Nampak bahawa pemain-pemain memberi kesemuanya dan saya baik dengan itu.

“Untuk bermain perlawanan sempurna menentang City, anda perlu berusaha 100%, fokus, tumpu perhatian dan 100% konfiden.

“Saya rasa kami telah bermain tujuh perlawanan dalam tiga minggu ataua empat minggu, dan [kami] hanya melakukan yang terbaik di tahap yang tertinggi.

“Sekali sahaja kami gagal sedikit, menentang Napoli, tetapi kami kembali seperti biasa hari ini, saya memang gembira dengan itu.

“Secara terus terang, kami telah menang menentang City sebelum ini, tetapi prestasi kami tidaklah sama macam kami sebelum ini.

“Pada hari ini, perlawanan itu penuh dengan hormat, kedua pasukan menghormati antara satu sama lain. Jadi ia adalah amat penting untuk menghilangkan bola pada masa yang salah kerana itu mungkin kesilapan and dan itu adalah masalah yang besar. Ia masih berlaku dalam masa ke semasa. Saya berpuas hati dengan prestasi mereka.
Kedua pasukan telah memulakan perlawanan dengan Dejan Lovres telah memain perlawanan Liga Perdana dalam musim ini untuk Liverpool dengan mengganti Trent Alexander-Arnold dengan Joe Gomez bermain sebagai pertahan kanan.

Ianya tidaklah banyak bahaya untuk kedua pasukan walaupun City mencuba untuk mengambil kesempatan ke atas Naby Keita setelah James Milner mengalami kecederaan.


Dalam separuh masa kedua pula, permainan telah menjadi rancak sedikit dengan cubaan telah dibuat oleh Liverpool dan Man City. Walaubagaimanapun, nasib kami City baik setelah mereka memperoleh sepakan penalti setelah gelecekan Leroy Sane telah di bentes oleh Vigil van Dijk.

Riyad Mahrez kemudiannya mengambil tanggungjawab untuk mengambil penalti, tetapi kemudiannya penalti yang diambil oleh beliau adalah amat teruk, membuatnya itu adalah tiga kegagalan dalam enam penaltinya.

The Reds masih belum lagi dikalahkan dalam Liga Perdana. Perlawanan itu juga telah memanjangkan tiada bolosan mereka di Anfield dalam Liga Perdana ke 811 minit.

Liverpool kini berada di tempat teratas bersama Chelsea dan Manchester City selepas 8 perlawanan, dengan pemain sekarang sedang mewakili negara masing-masing.

Liverpool akan kembali ke Kirklees Stadium menentang Huddersfield pada 21 October 2018.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 + 20 =